Rabu, 27 Januari 2010

Tevez dan Gary Neville bertarung semula

Pertelingkahan yang terjadi antara permain bek sayap united sape lagi kalau bukan kapten united Gary Neville dengan penyerang Man City si Tevez akhir nye akan berlanjutan pada malam rabu ini apabila masing-masing bersemuka dalam perlawanan ke-2 separuh akhir piala Carling malam rabu ini.

Pada perlawanan separuh akhir pertama tempoh hari yang berlansung di City telah menyaksikan Manchester City membenamkan Man Utd dengan jaringan 2-1 dan penyerang Argentina itu yang meninggalkan United untuk beraksi bersama City musim lalu, menjaringkan kedua-dua gol membolehkan kelabnya menang 2-1 di Eastland pada perlawanan pertama.

Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan kapten Gary Neville telah menunjukkan isyarat lucah kepada penyerang Argentina itu selepas Tevez menunjukkan isyarat diam kepada beliau.

Cerita ini tidak habis disitu juga apabila sidang akhbar antara Carlos Tevez dan wartawan berlangsung Tevez telah menyelar tindakan yang dilakukan oleh kapten United tersebut dengan mengatakan yang Gary Neville adalah 'sombong' dan 'bodoh' serta menyelar pengurus united iaitu Alex Ferguson dengan mengatakan beliau kedekut kerana tidak mahu berbelanja untuk mengekalkannya pada musim panas lalu.

Sir Alex Ferguson turut membalas pernyataan si Tevez dengan mengatakan yang penyerang Argentina itu seharus-nye di buang padang kerana telah mengasari pertahanan united iaitu Wes Brown.

Nampak nye aksi panas ini akan berterusan di atas padang apabila perlawan separuh akhir akan berlansung malam ini. Same-same lah kita saksikan aksi panas dan menarik malam ini. Chao


Tiada ulasan:

Catat Ulasan