Sabtu, 24 Januari 2009

Buletin BPL





Lompat si katak lompat(AMARAN INI BUKAN BLOG POLITIK)

Nampak nye bukan politik Malaysia saje yang boleh main lompat sane 
lompat sini tapi pemindahan pemain yang baru saje tamat Januari lalu telah menyaksikan ramai pemain yang telah lompat ke kelab asal nye seperti mamat yang sebelah ni sape lagi kalau bukan ex-player Liverpool si Robbie Keane. Dia telah bermain tarik tali dengan pengurusan kelab lame beliau apabila Rafa si kepala degil yang telah membeli Keane dari Tottenham Hotspur dengan rekod pembelian tertinggi selepas Fernando Torres seperti tidak memberi sebarang impak kepada pasukan Merseyside itu. Orang tua nyayuk dari spurs si Harry Redknapp dengan tidak sabar untuk membida si Keane ni kembali ke kelab lame beliau telah membelanjakan hampir 15 juta pounds untuk menarik kembali player tersebut. Walaupun si Keane ni kelihatan kecewa untuk bermain semula di White Hart Lane tapi beliau tetap memberi senyuman sinis kepada penyokong-penyokong spurs yang telah beliau kutuk sebelum ini dengan berkata peminat-peminat spurs masih berdiri teguh di belakang beliau walaupun sebelum ini beliau pernah bermain ona seperti ahli parlimen Bota yang suka main lompat si katak lompat(AMARAN INI BUKAN BLOG POLITIK) tetap diterima seperti pinang pulang ke tampuknye, bagai sirih pulang ke gagang.



Ape si mamat Arshavin ni buat dalam blok aku ni tapi sebab aku nak cerita pasal pemindahan player Januari yang lepas jadi terpaksa lah aku citer juga pasal mamat Rusia ni, aku rase ni lah pemindahan player yang paling hot dan paling sensasi musim sejuk membeku dekat Britain yang sedang melanda sekarang ni....huhuhu. Walaupun mamat ni belum jadi top star dekat BPL ni tapi penghijrahan beliau dari Zenit ke Gunners begitu besar makna nye kepada peminat-peminat Arsenal. Kemampuan beliau di liga Perdana Inggeris masih belum terbukti lagi walaupun beliau sebelum ini telah menunjukkan aksi yang cemerlang pada Piala Eropah bulan Jun yang lalu dan dengan tiba-tiba meletup seperti bintang rock star Britain The Beatles. Walau macam mane pun same-same kita saksikan impak yang boleh diberi oleh si Arshavin bersama Arsenal si musuh The Devil ini. Harap-harap korang menjadi lah!!



        Barclays Manager and Player of the Month awards for January



Walaupun ini musim yang sukar bagi Sir Alex Ferguson sepanjang karier beliau menjadi manager Man Utd dan bulan Januari yang dirasai begitu panjang oleh penyokong-penyokong united dengan bermacam-macam eksiden yang tidak dijangka seperti kecerderaan player-player utama yang tidak dapat bermain dalam sebulan-dua ini dan kisah seorang player argentina dari Man Utd sape lagi kalau bukan kisah si Tea Ves yang konon nye akan berhijrah ke kelab eropah lain setelah berlaku sedikit percakaran dengan pihak pengurusan kerana tuntutan pasak beliau tidak diendah kan. Menurut kenyataan beliau telah menuntut sebanyak 30 juta pounds dari pihak pengurusan kelab hasil perjanjian pemindahan beliau dari Corinthians dan kelab terdahulu iaitu West Ham United. Tapi kebijaksanaan si Alex bermain politik seperti di Perak telah dapat menyelamatkan duit Man Utd dari hangus terus kepada Tea Ves. Kalau tidak tentu si Tevez ni dah kaya raya dan tak payah susah-susah nak main bola lagi....huhuhu.

Tahniah diucapkan kepada defender united si badan besi Nemanja Vidic dan Sir Alex Ferguson kerana berjaya merangkul trofi bulanan Barclays semoga berjaya lagi di masa hadapan. Good luck 4 United.



                                                    Ryan Giggs Sings New Manchester United Deal


Man Utd lagendery dan key player bagi United yang kini umur nye telah menjangkau usia 35 tahun masih lagi mampu menunjukkan peningkatan dalam karear bola sepak beliau. Giggs masih menunjukkan performance yang membanggakan serta menjadi tauladan kepada pemain-pemain muda united yang kini sudah pasti akan menghabiskan karear bola sepak nye bersama kelab yang telah membawa beliau menjuarai liga juara-juara sebanyak dua kali itu.

Ryan Giggs yang juga pemain sayap berkaki kiri serta mewakili negara Wales itu telah berjaya melakukan lima assists sepanjang liga perdana inggeris musim ini dan juga telah berjaya menjaring kan goal pertama beliau season ini dalam perlawanan menentang West Ham United tempoh hari dan persembahan beliau sememang nye harus dipuji.

United akhirnye bersetuju untuk menyimpan Ryan Giggs untuk semusim lagi sehingga Jun 2010.

Ryan Giggs memberitahu kepada official website united,"I feel fit and I'm enjoying my football more than ever.

"I want to be a part of this exciting young team and achieve even more success."

Rabu, 14 Januari 2009

Sejarah Old Trafford


Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di TraffordGreater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia . Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bolasepak Inggeris sebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali, Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kedatangan didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford. Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFApada Disember 2000).

Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan percubaan mengambil alih oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambil alihan kelab dan mengeluarkan dari senarai bursa saham.

Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Gary Neville, mengambil alih dari Roy Keane pada 16 November 2005.





Selasa, 13 Januari 2009

History about me

Assalamualaikum semua, salam pengenalan saye ucap kan kepada semua peminat Man UTD yang sentiasa setia menyokong kelab kesayangan kita ini. Walaupun jatuh bangun Man UTD aku tetap setia menyokong kelab ini, sepanjang 10 tahun aku menjadi penyokong kelab banyak pengalaman yang boleh kita kongsi bersama dalam blog aku yang tak seberapa nak siap ni. ok
Aku malas nak citer panjang-panjang pasal sejarah aku ni sebab aku tahu korang bukan nak bace pun pasal kisah aku ni...huhuhu.
Yang penting semua penyokong Man Utd boleh berkongsi maklumat di laman blog ni.
4 the fans enjoy ur self 4 MUnited.

ALL THE BEST. HOPE UNITED MORE SUCCESS IN THE FUTURE!!!