Khamis, 28 Januari 2010

Apa sudah jadi City, perlawanan yang panas!!!

Perlawanan malam tadi antara seteru utama Manchester United vs Man city dalam piala liga berlangsung dengan hangat dan panas sekali. Kedua-dua pasukan ingin merebut peluang untuk melangkah ke final piala liga 09-10. Nampak nye tuah memihak kepada Man Utd apabila Man City gagal mengatasi barisan-barisan man utd pada perlawan separuh akhir kedua tersebut dengan keputusan 3-1 memihak kepada united. Jaringan-jaringan disumbangkan oleh :
  • Scholes 52’
  • Carrick 71’
  • Rooney 90’
Jaringan Wayne Rooney pada minit akhir perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi tadi membantu Manchester United mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Manchester City 3-1.

Juara bertahan bagi Piala Liga itu akan berdepan Aston Villa pada perlawanan akhir.

Gol hasil jaringan Paul Scholes dan Michael Carrick meletakkan Manchester United di hadapan sebelum bekas pemain Manchester United, Carlos Tevez menjaringkan gol yang pada ketika itu mungkin memaksa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Rooney yang menanduk masuk hasil sepakan sudut pantas, sekali lagi membawa skuad bimbingan Sir Alex Ferguson ke Wembley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan